Penting[Sila Baca]
× Blog ini masih dalam proses pemulihan dan penambahbaikan.. Harap Maaf di atas segala kesulitan.. InsyaAllah, ia akan diselesaikan dalam kadar segera....

KEBAHAGIAAN BAGAIMANA YANG KITA INGINKAN??

Assalamu'alaikum salam sejahtera semua..

Terlalu lama dah rasanya blog ini aku biarkan begitu sahaja. Entah mengapa dan kenapa aku rasa lain macam sejak dua menjak ni. Banyak perkara yang perlu aku fikirkan.....
Pada mulanya, aku ingin lupuskan sahaja semua benda yang pernah aku wujudkan di alam maya ini seperti facebook, fanpage, twitter dan sebagainya termasuklah blog ini. Namun, hasrat itu aku batalkan setelah aku pertimbangkan semula. Lepas ni tak tahu la pulak macam mana. Sama-samalah kita nantikannya.

Pertama sekali, maaf semua kerana lama dah tak 'update' apa-apa dalam ruangan kertas penuh bercahayaku ini. Dan maaf sekali lagi kerana sudah lama jugak diri ini tidak berkunjung ke halaman blog anda semua. Semoga kamu semua mampu memahami diri ini.



Hari ini aku taknak menulis dengan panjang lebarnya. Cukuplah sekadar untuk kamu semua renungi akan maksud tentang apa yang ingin aku sampaikan seketika nanti.

Apa yang kamu rasa dan fahami??? Itu terpulang pada diri masing-masing. Selamat berkenalan dengan diri masing-masing.

Kita semua mengumpulkan harta dengan tujuan untuk mendapatkan kebahagiaan. Kita membangunkan rumah/bangunan dengan tujuan untuk menumbuhkan ketenteraman di dalam jiwa. Kita melakukan perjalanan supaya dapat melupakan kesedihan. Kita meniti setiap perjalanan dan kita membelanjakan segala sesuatu yang ada dalam genggaman tangan kita supaya dapat menikmatinya dengan kebahagiaan dan kepuasan. Tetapi apakah ini semua adalah kebahagiaan yang haqiqi??

Kebahagiaan apakah yang kita inginkan sebenarnya??



Orang-orang terdahulu sebelum kita sudah banyak yang mengetuk pintu tersebut, mereka semua mencubanya, akan tetapi semuanya sepakat mengatakan bahawa KEBAHAGIAAN ADA DALAM KETAATAN KEPADA ALLAH dan MENDEKATKAN DIRI KEPADA-NYA, BERAMAL UNTUK MENUJU NEGERI YANG PENUH DENGAN KEBAHAGIAAN (SYURGA) YANG TIDAK ADA KESENGSARAAN DI DALAMNYA DAN UNTUK KENIKMATAN YANG TIDAK AKAN PERNAH PUNAH...

Credit to GOOGLE

p/s: terima kasih atas kesudian anda semua dalam meluangkan masa untuk membacanya...

Busuk.org
Kongsikan bersama:
+

Subscribe Here

Masukkan alamat email anda di bawah sekiranya ingin melanggan artikel di sini...

6 Comments

apa yang saya nak komen...entri ni sungguh mendalam dan memberikan kesan...memang bermakna buat setiap insan untuk audit dan muhasabah segalanya sendiri... terima kasih atas perkongsian ini...

sungguh mendalam... suka entry nie :) kita kena muhasabah diri :)

Banyak yang tanda merah checklist saya tu..hehehhehe
Kena improve lagi tu...
nice entri!!

takpe..
boleh usaha lagi tu :)
sesaat demi sesaat..sesaat demi sesaat..sesaat demi sesaat.. yg penting istiqomah ^_^
insyaALLAH..

Link (bernyawa) akan dimatikan secara automatik..
Catatan: (memasukkan item pada ruangan komen)
Untuk menyisipkan video, sila gunakan tag <i rel="youtube">URL YOUTUBE ANDA...</i>
Untuk menyisipkan kode, sila gunakan tag <i rel="pre">KODE ANDA...</i>
Untuk menyisipkan gambar, sila gunakan tag <i rel="image">URL GAMBAR ANDA...</i>
Untuk menciptakan efek huruf tebal, sila gunakan tag <strong>TEKS ANDA...</strong>
Untuk menciptakan efek huruf miring, sila gunakan tag <em>TEKS ANDA...</em>

Terima Kasih..