ADAB SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS TIDUR

ADAB SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS TIDUR. Awalnya bagi adab tidur. Mengantuk dah? Memanglah, sebab sekarang ni dalam kepala aku hanya fikirkan tentang tidur, tidur dan tidur. Mengantuk dan penat sangat-sangat setelah seharian aku berjemur ibarat ikan masin di bawah teriknya mentari.



adab tidur, kelebihan amal, gambar tidur, tidur, sedapnya tidur
credit to GOOGLE


Tanpa melengahkan masa lagi kerana khuatir mata aku ni tertutup dengan jayanya. Maka dengan ini aku teruskan dengan sebahagian dari adab-adab tidur yang sering aku amalkan (kadang-kadang tu terbabas jugak disebabkan kepenatan). Alahai..lemahnya iman (baru kena goda katil, tilam, bantal dan selimut). 

Bercakap tentang tidur. Tidur ini merupakan salah satu nikmat yang sangat-sangat nikmat yang telah ALLAH SWT berikan kepada hamba-hambanya. Siapa kata tidur itu tak nikmat?? Mestilah terasa nikmatnya. Sebab tu ramai yang kantoi masa Subuh.

ALLAH SWT berfirman:

Ertinya: "Dan kerana rahmat-NYA, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-NYA (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-NYA." (QS. Al Qasas: 73).


ALLAH SWT berfirman:

Ertinya: "Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat." (QS. An Naba': 9)

Dalam keheningan malam (tidur), seorang hamba dapat beristirehat dengan tenang setelah seharian bergelut dengan berbagai aktiviti hingga dapat merasakan kenikmatan hidup dan dia pun dapat memulihkan tenaganya sebagai persiapan untuk menyambung aktiviti baru di saat fajar menyingsing. Oleh kerana itu, hendaklah seorang hamba (muslim) memperhatikan adab-adab tidur, sehingga tidurnya tidak sekadar pelepasan lelah namun juga sebagai suatu Ibadah. 

Diantara adab-adab tersebut adalah:


ADAB SEBELUM TIDUR.

1. Tidak melambat-lambatkan waktu tidur (berjaga) kecuali untuk hal-hal yang mendesak seperti mengulang kaji pelajaran, berbincang-bincang dengan tetamu atau bersilaturrahim dengan anggota keluarganya.

2. Selalu menjaga wudhu' di saat hendak tidur.

Rasulullah SAW bersabda:

"Jika kamu hendak merebahkan diri ke pembaringanmu, berwudhu'lah sebagaimana engkau berwudhu' untuk solat." (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Baca surah Al Mulk dan As Sajadah (banyak kelebihannya dan salah satunya adalah terhindar dari azab kubur. InsyaALLAH).

4. Berbaring dengan lambung kanan dan menghadap kiblat. 

"… kemudian berbaringlah diatas pinggang sebelah kanan." (HR. Bukhari dan Muslim)

5. Tidak berbaring dalam posisi meniarap.

6. Berdzikir dan berdoa.

7. Diantara dzikir, doa dan perbuatan yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah:

  • Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, kemudian ditiupkan pada telapak tangan (dengan sedikit meludah) <--nak meludah tu agak-agaklah sendiri. Sesudah itu diusapkan ke anggota tubuh mulai dari kepala, wajah dan lainnya yang dapat dijangkau tangan, dan dilakukan sebanyak tiga kali.(lihat hadith Bukhori: 6319) 

  • Membaca Ayat Kursi. (lihat Hadith Bukhori: 5010). 

  • Membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah (ustaz aku cakap, bila baca dua ayat ni boleh memudahkan diri untuk bangun solat subuh. Memang berkesan sangat. Cuba, try, test <--niat tu kena betul la). 

  • Meletakkan tangan kanan di bawah pipi (tangan kanan sebagai bantalnya). 

  • Berdoa dengan doa tidur:

بِسْمِكَ اللَّهُمَ أَمُوْتُ وَأَحْيَا 

"Dengan nama-Mu Ya ALLAH, aku mati dan hidup" 

اللَّهُمَّ قِنِيْ عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَك 

"Ya ALLAH, jauhkan aku dari seksaan-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu."
 (dibaca tiga kali) (lihat sohih Tirmidzi: 3/ 143). 


ADAB SEMASA TIDUR.


1. Berusaha menghindari posisi tidur meniarap.

2. Jika melihat sesuatu yang menakutkan dalam tidur, maka berdoalah:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنَ

"Aku berlindung dengan kalimat ALLAH yang sempurna, dari kemarahan dan seksaan-NYA, dan dari kejahatan hamba-hamba-NYA dan dari godaan syaitan dan agar jangan sampai mereka hadir dihadapanku."
(HR. Abu Daud: 4/12 dan lihat Sohih Tirmidzi: 3/ 171).

3. Jika bermimpi baik, jangan diceritakan kecuali kepada orang yang memang dipercayai.

4. Jika bermimpi buruk:

  • Buat isyarat meludah ke kiri tiga kali (isyarat!! bukan ludah betul-betul).

  • Berta'awudz (berlindung kepada ALLAH) tiga kali. 

  • Tidak menceritakannya kepada orang lain. 

  • Mengubah posisi/tempat tidur.

  • Bangun dan solat malam (jika mahu). 


ADAB SELEPAS TIDUR.


1. Berdoa dengan doa bangun tidur:

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ 

"Segala puji bagi ALLAH yang membangunkan kami setelah ditidurkan-NYA. Dan kepada-NYA kami dikembalikan." 

2. Mencuci dua tangan (sebaik-baiknya jangan rendam tangan ke dalam bekas air. Cedok atau lebih baik gunakan paip air).

3. Berwudhu'.

4. Solat tahajjud dan witir.

5. Jangan lupa solat Subuh. 


Wallahu 'alam..
Naltaqi Ghadan...


p/s: kalau ada yang salah dan silap. Tolong betulkan segera. Nak tambah pun boleh. 
Nampaknya, tilam empukku sudah memanggil-manggil.. Okay!! i'm cominggggg.....

Busuk.org
Kongsikan bersama:

Subscribe Here

Masukkan alamat email anda di bawah sekiranya hati sudah terpaut...

9 Comments

Terima kasih...Byk sungguh adap sebelum tidur. Nampaknya kena perbaiki lagilah ni.

p/s: Adakah adap sebelum/semasa/selepas ini juga dilakukan bila tidur disiang hari? Mungkin yg bekenaan aje kot...Cer cite skit...

Perkongsian yg baik ni....

sama-sama.. ada banyak lagi.. Islam tu ajar kita semua benda.. dari yg kecik2 perkara sampai kepada sebesar-besar perkara..

adab-adab ni boleh amal bila2.. tp tidur siang ni biasanya kita buat kejap je.. melainkan ada keperluan yg menyebabkan kita tidur sepanjang siang.. wudhu' tu kalau boleh memang kena jaga sepanjang masa la (ikut kemampuan dulu).. doa tidur, bangun tidur & sebagainya tu memang kena buat selagi ia dinamakan tidur.. segala apa yg kita buat ada doanya (doa masnun/harian).. baca Al Quran tu, nak buat boleh, tak buat pun boleh.. baca dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa..

cuma dalam bab adab ni tak diwajibkan untuk kita buat.. tp kalau kita takda adab, maka orang akan panggil kita biadap..

p/s: buat mana yg termampu.. sikit-sikit :)

Terima kasih... Saya suka ayat last tu. Adap itu bukan kewajipan tp kalau xde adap kita akan nampak biadap...Jelas maksudnya.

Terima kasih, info yg bermanfaat..serononk baca..

nampaknya banyak lagi kena perbaiki ni. ada yang buat dan ada banyak yang tertinggal huhu

Link (bernyawa) akan dimatikan secara automatik..
Catatan: (memasukkan item pada ruangan komen)
Untuk menyisipkan video, sila gunakan tag <i rel="youtube">URL YOUTUBE ANDA...</i>
Untuk menyisipkan kode, sila gunakan tag <i rel="pre">KODE ANDA...</i>
Untuk menyisipkan gambar, sila gunakan tag <i rel="image">URL GAMBAR ANDA...</i>
Untuk menciptakan efek huruf tebal, sila gunakan tag <strong>TEKS ANDA...</strong>
Untuk menciptakan efek huruf miring, sila gunakan tag <em>TEKS ANDA...</em>

Terima Kasih..