Bagaimana Agaknya Akhir Kehidupan Kita???

Jika dilihat dari sisi pandangan kehidupan kita pada hari ini. Bagaimana agaknya akhir kehidupan kita nanti?? Baik atau sebaliknya?
Seseorang yang miliki keadaan hidup di dunia yang baik tetapi dia tidak ada kerisauan terhadap agama dan akhiratnya. Maka dapat dipastikan bahawa orang ini sedang berjalan menuju ke arah kebinasaan. Berlainan pulak dengan seseorang yang ada kerisauan terhadap agama dan akhiratnya walaupun kehidupannya tidak sebaik mana kerana menghadapi kemiskinan dalam hidup. Kemudian dia berusaha atas kerisauannya tersebut, maka dapat dipastikan bahawa orang ini berada di atas jalan keselamatan dunia dan akhirat. 


Nabi SAW bersabda lebih kurang mafhumnya, "bahawa orang yang paling pintar di sisi ALLAH SWT adalah orang yang senantiasa ada kerisauan tentang keselamatan dirinya di akhirat kelak. Sehingga dalam kehidupannya sehari-hari dia akan senantiasa mempersiapkan dirinya dengan bekal amal sebagai persiapan kehidupan akhirat nanti." 
Hari ini jika kita lihat orang lahir tanpa iman, seumur hidupnya selalu bermaksiat kepada ALLAH SWT. Lalu mati dalam keadaan tanpa iman, ini adalah perkara biasa yang sudah dapat kita teka bagaimana keadaannya. Begitu juga kalau kita lihat seseorang yang semenjak lahirnya sudah beriman, melewati kehidupannya seperti orang soleh, lalu mati dalam keadaan baik dengan membawa keimanan yang betul, maka perkara ini pun juga perkara biasa kerana sudah sesuai dengan keadaannya. 

Namun....... yang harus jadi kerisauan kita pada saat dan tika ini adalah daripada keadaan-keadaan tersebut ada segelintirnya sering dijumpai dalam 2 hal iaitu:
  1. Orang yang seumur hidupnya ahli maksiat tetapi di akhir hidupnya ALLAH pilih dia sebagai ahli iman. Awal yang buruk, tetapi diberi akhir yang baik oleh ALLAH SWT.
  2. Orang yang seumur hidupnya ahli ibadah tetapi di akhir hidupnya ALLAH tentukan dia sebagai ahli maksiat. Awal yang baik, tetapi diberi akhir yang buruk oleh ALLAH SWT.

Atas perkara inilah kita harus selalu buat usaha atas keimanan kita dan amal-amal kita. Jangan kita pernah merasa tenang ataupun merasa aman dengan amal-amal yang telah kita lakukan selama ini. Jangan hanya kerana kita merasa bahawa kita sudah Islam, sudah solat, sudah berpuasa. Dengan itu, kita sudah merasa pasti/yakin bahawa kita akan mendapatkan akhir yang baik. Itu semua belum tentu. Dan tiada jaminan untuknya.

Ingatlah saudara/i sekalian. Kita masuk syurga bukan dengan amal atau kebaikan kita melainkan hanya dengan REDHA dan RAHMAT dari-Nya. Buatlah amal hanya kerana DIA dan untuk mendapat keredhaan dari-Nya. 
Moga kita beroleh pengakhiran hidup yang baik (Husnul Khotimah).


Busuk.org
Kongsikan bersama:

Subscribe Here

Masukkan alamat email anda di bawah sekiranya hati sudah terpaut...

9 Comments

Aamiin Ya Rabb :)
jika kita tarik usia kita didunia dengan kehidupan akhirat, maka tentu secara hitungan matematik tidak la cukup untuk kita beribadah.

usia manusia : 70 tahun
yaumil kubur : 7.000 tahun
yaumil masyhar : 50.000 tahun

Setelah itu kita menunggu kepastian untuk diberikan kitab alaman dari tangan kanan (syurga) atau tangan kiri (neraka) ...

Tetapi dengan usia dunia yang sesingkat itu, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ikhlas dengan redha-Nya. Wallahu'alamu bish shawab. :)

subhanallah.. syukran di atas komentar nya ya akhi :)

moga kita mendapat keredhaan dari-Nya....

Seperti yang semua tahu, bahawa kita sekarang berada di umat akhir zaman. Zaman di mana banyak berlaku kemungkaran. Dari semua sudut kita boleh nampak maksiat itu berlaku. Zaman teknologi. Zaman dunia di hujung jari. Disebabkan ia dihujung jari la maka Iman kita juga hanya pada hujung-hujung tanduk. Hanya tunggu untuk jatuh. Jika tidak dapat dijaga dengan betul, maka kita akan hanyut dalam kegelapan.

semoga setiap apa yg kita taip ini semoga menjadi sedikit saham untuk di sana

betul tu acik.. moga apa yg kita tulis dan sebarkan ni mampu menyumbangkan sedikit saham untuk akhirat.

Moga kita semua beroleh pengakhiran hidup yang baik (Husnul Khotimah). Amin

semoga kita semua dpt tingkatkan amalan kebaikan dr sehari ke sehari utk dibawa ke sana nanti...

Betul tu pensil buruk...kita masuk syurga bukan kerana amalan kita..tetapi tetapi rahmat dan kasih sayang-Nya pada hamba-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada hamba2-Nya.

mselim3

pls: Kalu sudi pensel buruk selalu singgah jenguk mselim3, niche blog nie agama .. kita tukar link k... masukkan saya dalam blogslist tuan, saya pulak akan masukkan tuan dalam senarai bloglist saya ...
Siapa yg akan tolong sahabat kalu bukan sahabatnya...kan.

boleh :) besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. saya dah letakkan blog Mohd. dalam blog saya.. terima kasih ye kerna sudi singgah ke sini ^^

Link (bernyawa) akan dimatikan secara automatik..
Catatan: (memasukkan item pada ruangan komen)
Untuk menyisipkan video, sila gunakan tag <i rel="youtube">URL YOUTUBE ANDA...</i>
Untuk menyisipkan kode, sila gunakan tag <i rel="pre">KODE ANDA...</i>
Untuk menyisipkan gambar, sila gunakan tag <i rel="image">URL GAMBAR ANDA...</i>
Untuk menciptakan efek huruf tebal, sila gunakan tag <strong>TEKS ANDA...</strong>
Untuk menciptakan efek huruf miring, sila gunakan tag <em>TEKS ANDA...</em>

Terima Kasih..